Isnin, 10 September 2018

PENGURUSAN DALAM ISLAM


NAMA KURSUS : PENGURUSAN DALAM ISLAM
KOD : DUA 2022
TAJUK : KHULAFA’ AR-RASYIDIN
JABATAN: PERDAGANGAN
CLASS : DIB2A
PROGRAM : DIPLOMA KEWANGAN DAN PERBANKAN ISLAM
SESI : JUN 2018
SEMESTER : 2
ITEM PB : E- FOLIO
NAMA PENSYARAH : SITI NURFARHANA BINTI ZAKARIA


BIL.
NAMA PELAJAR
NO.PENDAFTARAN
1.
NUR HAFIZAH BINTI MOHMAMAD RADZI
10DIB17F2002
2.
QURRATU’ AINI NASUHA BINTI SAFIE
10DIB17F2024
3.
NURULJANNAH BINTI SAMSUL BAHARI
10DIB17F2032
4.
NUR AIN HAFIZAH BINTI ROSLAN
10DIB17F2067


BIL.
SENARAI KANDUNGAN
1.
PENGENALAN
2.
LATAR BELAKANG KHULAFA’ AR-RASYIDIN
3.
STRATEGI DAN SUMBANGAN PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN KHULAFA’ AR-RASYIDIN
4.
PRINSIP AL-UBUDIYYA DALAM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN KHULAFA’ AR-RASYIDIN
5.
KESIMPULAN
6.
RUJUKAN
7.
LAMPIRAN



PENGENALAN


Perkataan khalifah atau khalifat (tunggal), Jama’nya khulafa’ bermaksud pengganti iaitu penganti Rasulullah SAW. Kemudiannya ia digunakan untuk jawatan ketua umum dalam pentadbiran hal ehwal dunia dan agama menggantikan Rasulullah SAW. Kedudukan dan taraf khalifah dari segi kuasanya adalah sama taraf dengan Rasulullah SAW dan setiap orang wajib mentaatinya. Pemilihan seorang khalifah adalah sesuatu yang mesti dilakukan oleh umat islam selepas baginda wafat. Ia sebenarnya suatu yang sangat sukar kerana sebelum baginda wafat, baginda tidak pernah menamakan sesiapa yang seharusnya dilantik mengetuai negara islam.

Pada mulanya tiada sesiapa yang memperdulikan tentang masalah perlantikan khalifah. Tetapi apabila timbul beberapa isu , ia menjadi masalah yang mendapat perhatian serius dari seluruh umat islam. Pada ketika masalah perlantikan khalifah, golongan Ansar mencalonkan Sa’ad bin Ubadah, golongan Muhajirin pula mencadangkan Abu Bakar bin al-Siddiq. Dan golongan yang ketiga, golongan Bani Hasyim mencalonkan Ali bin Abi Talib. Walaupun umat islam mengalami masalah untuk perlantikan khalifah tetapi perpaduan umat islam tetap terpelihara di mana Abu Bakar al-Siddiq telah terpilih dengan suara majoriti dan diterima oleh semua dalam perhimpunan anjuran golongan Ansar itu. Ia diperkukuhkan lagi dengan lafaz taat setia(bai’ah) di dalam atur cara yang dijalankan semasa perlantikan khalifah-khalifah yang berikutnya. Selepas perlantikan Abu Bakar al-Siddiq sebagai khalifah, bermulalah zaman khulafa ar-rasyidin.








LATAR BELAKANG KHULAFA’ AR-RASYIDIN

Khulafa Al Rasyidin ialah gelaran kepada empat orang sahabat yang memegang jawatan dalam Negara Islam selepas kewafatan Rasulullah. Perlantikan mereka dibuat secara syura iaitu perbincangan para sahabat atau pilihan khalifah sebelum. Selepas pemerintahan ini, kerajaan Islam diganti oleh kerajaan Ummaiyyah.

  • Definisi Kalifah :
  • Orang yang memegang jawatan sebagai ketua negara Islam.

Definisi Khulafa’ Ar-Rasyidin :
  • Gelaran kepada empat orang sahabat yang memegang jawatan sebagai kalifah selepas kewafatan Rasulullah S.A.W.

Khulafa' Ar-Rasyidin terdiri daripada :
  • Saidina Abu Bakar As-Siddiq
  • Saidina Umar Bin Al-Khattab
  • Saidina Uthman Bin Affan
  • Saidina Ali Bin Abi Talib

Pusat Pemerintahan :
  • Madinah al-munawwarah

Tempoh Kekuasaan :
  • 29 tahun
  • 11 Hijrah - 41 Hijrah

  • RIWAYAT HIDUP PARA KHALIFAH'


  1. SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ

BIODATA :

Tarikh lahir : Dilahirkan pada tahun 570 Masihi.
Nama sebenar : Abdul Kaabah bin Usman. / Abu Quhafah bin Abdulullah
Keturunan :  Bani Tamim.
Gelaran : As-Siddiq (beliau sentiasa membenarkan apa sahaja yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW.)
Nama ibu beliau : Salma binti Shakhar atau Ummu Khair yang bererti ibu yang baik.

            
SEJARAH KEKHALIFAN :

  • Abu Bakar as-Siddiq dilantik sebagai khalifah yang pertama selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW pada 632 M
  • Beliau meninggal dunia pada 21 Jamadil Akhir 13 H bersamaan 23 Ogos 634 H akibat demam.
  • Ketika Nabi Muhammad SAW sakit, baginda melantik Abu Bakar menjadi imam. Disebabkan itu, selepas nabi Muhammad SAW wafat, baginda dilantik menjadi khalifah.
  • Anak perempuan Abu Bakar as-Siddiq, Aisyah menjadi isteri Rasulullah SAW.
  • Walaupun Khalifah Abu Bakar as-Siddiq memerintah dua tahun tiga bulan  sepuluh hari sahaja namun sudah menundukkan mereka yang murtad, enggan membayar zakat dan mengaku menjadi nabi.
          
  1. SAIDINA UMAR AL-KHATTAB
               
BIODATA :
Nama : Umar bin Al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza
Keturunan :  Bani Adi,Quraisy
Tarikh lahir : 584 Masihi (13 tahun selepas Kelahiran  Rasulullah SAW) 
Tempat lahir :  Mekkah al-Mukarramah
Tarikh menjadi Khalifah :  Selasa, 22 Jamadilakhir 13 Hijrah, bersamaan 23 Ogos 634 Masihi
Tempoh Pemerintahan : 10 tahun 6 bulan
Tarikh Wafat : Bulan Zulhijjah tahun 23 Hijrah( 63 tahun )
Sebab Kewafatan : Dibunuh oleh hamba Majusi berbangsa Parsi bernama fairuz(Abu Lu’lu’ah)
Gelaran : Al-Farouq (pemisah antara hak dan batil)

SIFAT PERIBADI :

  1. BERANI :
  • Sebelum memeluk Islam, diberi kepercayaan oleh kaum Quraisy menentang dakwah Rasulullah SAW.
  • Semasa memeluk Islam (33 tahun), beliau mengisytiharkan pengisalaman beliau kepada masyarakat Arab tanpa gentar.

  1. BERANI MENEGAK KEBENARAN :
      • Sesudah memeluk Islam, Contohnya, semasa hendak berhijrah ke Madinah beliau mencabar sesiapa yang berani menghalangnya secara terbuka.


  1. SAIDINA USMAN AFFAN

BIODATA :

Nama Penuh : Uthman Bin Affan Bin Abu Al-'As Bin Umaiyah.
Keturunan : Bani Umaiyah.
Tarikh Lahir : 576 Masihi iaitu 6 tahun selepas " Tahun Gajah".
Tempat Lahir : Makkah Al-Mukarramah.
Tarikh Lantikan Khalifah : Pada 644 Masihi Bersamaan 23 Hijrah.
Tempoh Pemerintahan : 12 Tahun.
Tarikh Kewafatan : 18 Zulhijjah 35 Hijrah.
Gelaran : " Zu Nurain" ( Yang mempunyai dua cahaya kerana telah memperisterikan dua puteri Rasulullah S.A.W )

KISAH KEISLAMAN :

Uthman adalah antara golongan yang mula-mula memeluk islam
- Sejak kecil beliau telah berbudi pekerti mulia dan luhur ,oleh itu beliau mudah menerima islam.
- Seorang yang tegas yang hanya akan menerima kebenaran dan menolak kebatilan.
- Beliau menerima islam melalui dakwah yang telah disampaikan oleh Saidina Abu Bakar As Siddiq R.A.


  1. SAIDINA  ALI BIN ABI TALIB

BIODATA :

Nama :  Ali bin Abu Talib bin Abdul Mutalib
Keturunan : Bani Hasyim
Tarikh lahir : 10 tahun sebelum Nabi menjadi rasul 601 masihi
Tempat lahir : Dalam kaabah di Mekah Al-Mukarramah 
Tarikh menjadi Khalifah  :  Tahun 35 Hijrah bersamaan 655 Masihi
Tempoh pemerintahan :  4 tahun
Tarikh Wafat : 17 Ramadan tahun 41 Hijrah 661 Masihi
Sebab Kewafatan : Dibunuh oleh Abdul Rahman bin Muljim di Bandar Kufah
Gelaran : Abu Hasan / Abu Turab

SIFAT PERIBADI :

  • Bersikap adil
  • Bijaksana
  • Berwawasan
  • Pintar
  • Berfikiran luas
  • Berusaha mencari ilmu
  • Berani menegakkan kebenaran
  • Terbuka
  • Taat mengerjakan suruhan ALLAH SWT
  • Kreatif dan sanggup berkorban kerana ALLAH SWT

  • CARA-CARA PEMILIHAN KHALIFAH'


ABU BAKAR AS-SIDDIQ

- Rasulullah wafat
- Orang Ansar berkumpul untuk melantik pemimpin mereka(khalifah)
- Saad Bin Ubadah ,suku kharaj, dicadangkan
- Berlaku perbincangan mengenai perlantikan khalifah
- Muhajirin & ansar beri ucapan
- Abu Bakar beri ucapan , kemudiannya cadangkan Umar & Abu Ubadah
- Kedua-duanya membantah, Umar berjabat tangan Abu Bakar & memberi taat setia
- Diikuti oleh semua umat Islam lain
- Semua bersetuju Abu Bakar menjadi khalifah

UMAR AL-KHATTAB

- Abu Bakar jatuh sakit
- Berpendapat bahawa  Umar amat layak
-  Meminta pandangan beberapa sahabat & mereka bersetuju
- Uthman menulis wasiat tersebut
- Diminta untuk dibacakan kepada orang ramai
- Semua penduduk memberi bai’ah

UTHMAN BIN AFFAN

- Beberapa orang sahabat meminta Umar melantik penggantinya semasa Umar dirawat kerana ditikam
- Mencadangkan 6 nama
- Antaranya Uthman
- 3 daripadanya menarik diri
- Kemudian Abdul Rahman menarik diri & menjadi pemegang amanah
- Uthman & Ali ditanya tentang kesediaan mereka untuk memegang jawatan sebagai khalifah
- Melalui sebahagian besar pendapat para sahabat & orang ramai serta jawapan Uthaman &Ali, Abdul Rahman mengisytiharkan  Uthman Bin Affan sebagai khalifah baru
- Pengumuman dibuat & orang ramai memberi bai’ah

ALI BIN ABI- TALIB

- Puak pemberontak yang telah membunuh Uthman meminta Ali untuk mengambil alih kepimpinan Negara
- Negara dalam keadaan huru hara
- Ali pada mulanya enggan, namun keadaan yang tegang membuatkannya menerima jawatan tersebut
- Orang ramai memberi bai’ah
- Ada puak yang tidak bersetuju
- Antaranya dari kalangan keluarga Umaiyah





STRATEGI DAN SUMBANGAN DALAM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN KHULAFA’ AR-RASYIDIN


STRATEGI PEMERINTAHAN DAN PETADBIRAN KHULAFA AR-RASYIDIN


1. Perluasan wilayah melalui pembebasan negeri – negeri  taklukan Rom dan Parsi
2. Mengutus gabenor dan pendakwah untuk mengembangkan islam.
3. Melakukan pembaharuan dalam pentadbiran.
a) Menubuhkan majlis Syura
b) Menubuhkan jabatan
c) Pentadbiran wilayah keindahan dan tarikan ajaran.
4. Melakukan pembaharuan dalam islam.
a) Menghapus pemhambaan
b) Mengiktiraf kedudukan wanita
c) Keadilan dalam undang undang islam



SUMBANGAN KHULAFA AR-RASYIDIN


Sumbangan Khalifah Abu Bakar al –siddiq.


1. Beliau mengatasi masalah perpecahan masyarakat Islam dengan mengambil tindakan terhadap orang Islam yang murtad dan golongan al-Rahiddah yang menyalahtafsirkan ayat al-Quran hingga tidak mahu membayar zakat.
2. Mempertahankan Madinah daripada ancaman Parsi dan Rom Timur(Byzantine) dengan menghantar Khalid bin al-Walid menentang Parsi & Usamah bin Zaid ke Ghassan.
3. Membahagikan Tanah Arab kepada 10 wilayah antaranya Makkah, Taif, Yaman, al-Jund, Khalwan, Bahrin, Jarsh, Zabid, Hadhramaut, Nijran dan melantik amir mentadbirnya.
4. Memperkenalkan bayaran gaji tentera, undang – undang tanah, hak golongan .
5. Memerintahkan Zaid b. Thabit mengumpulkan tulisan al – Quran pada batu, kayu, kulit binatang kerana ramai orang hafiz al – Quran syahid, salinan al – Quran ini disimpan oleh Saidina Umar, Hafsah, (isteri nabi ) dan Saidina Uthman.
6. Khalifah Abu Bakar digelar penyelamat umat Islam.



 Sumbangan Khalifah Umar al – Khattab.
1. Pembaharuan politik – Mengamalkan dasar pentadbiran dan melantik pegawai, menubuhkan majlis syura ( dianggotai wakil muhajirin dan Ansar ), membahagikan jajahan Islam kepada wilayah dan melantik wali ( gabenor).
2. Penubuhan jabatan – Jabatan tentera, polis, percukaian, perbendaharaan. Setiap jabatan diketuai oleh katib ( setiausaha).
3. Jabatan Kehakiman – dilantik hakim bergaji bulanan (500 dirham) dan diasingkan bagi mengelakkan salah laku.
4. Sosial – pendidikan al – Quran di Masjid, menghantar guru agama ke wilayah ( Abu Sufyan ) dihantar ke Badwi).
5. Memperkenalkan kalendar – tahun hijrah menjadi titik permulaan tahun pengiraan Islam.
6. Tentera – membentuk tentera tetap dan sukarela, bergaji, berpakaian seragam, markas tentera dibina seperti di Madinah, Kufah, Fustat dan Basrah.
7. Terusan dan tali air – menambah hasil pertanian seperti Terusan Amirul Mukminin (111km) di Mesir dan Empangan Abu Musa.
8. Rakyat digalakkan meneroka tanah dan mengusahakan tanah terbiar.
9. Pengenalan cukai – cukai jizyah dikenakan kepada Zimmi, cukai kharaj berdasarkan jenis tanaman dan kesuburan tanah seperti tanaman gandum, barli, anggur.
10. Baitulmal ditubuhkan untuk mengawal pendapatan negara.
11. Digelar Amirul Mukminin atau Panglima Agung Mukmin.



Sumbangan Khalifah Uthman bin Affan.
1. Dari segi politik – meluaskan empayar seperti ke Cyprus, Afghanistan, Samarkand, Tripoli dan khalifah pertama membina angkatan tentera laut Islam.
2. Mengisyitiharkan naskah al-Quran Mushaf Uthmani.
3. Membina jambatan, jalan raya rumah rehat pengembara.
4. Baitulmal digunakan untuk mengukuhkan tentera laut Islam – membeli senjata dan kapal.
5. Jizyah dikekalkan – antara sumber pendapatan baitulmal.


Sumbangan Khalifah Ali bin Abu Talib.
1. Banyak menyelesaikan masalah berhubung masyarakat dan perundangan Islam - pakar dlm selok-belok hukum.
2. Contohnya, menghentikan Perang Siffin (Perang Saudara) bila musuh mengangkat al-Quran dan menjalankan rundingan supaya dapat mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara.
3. Membina markas tentera di Parsi dan Syria.
4. Meneruskan cukai jizyah kepada Zimmi - dinyatakan dalam surat yang dihantarkannya kepada al-Asytar.




PRINSIP AL-UBUDIYYA DALAM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN KHULAFA’ AR-RASYIDIN

 Prinsip al-Ubudiyyah merupakan prinsip organisasi berkaitan matlamat manusia sebagai hamba Allah. Khulafa’Ar Rasyidin menggunakan prinsip ini dalam pemerintahan dan pentadbiran mereka.

Prinsip al-Ubudiyyah:

Ubudiyyah merupakan prinsip organisasi yang berkaitan dengan matlamat dan fungsi utama manusia sebagai hamba Allah .Ubudiyyah merujuk kepada sifat pengabdian diri seseorang dengan setelusnya hanya kepada Allah. Oleh itu,seluruh kegiatan seseorang individu dan juga seluruh kegiatannya di dalam organisasi perlulah diikat dengan pengabdian diri kepada Allah.

      Islam mempunyai konsep dan pengertian yang jelas tentang hubungan manusia dengan Allah sebagai pencipta alam semesta. Pandangan Islam tentang ketuhanan berasaskan konsep ibadat kepada Allah SWT, yang memusatkan peranan kepada keimanan yang mutlak kepada Allah. Ia membawa maksud patuh kepada suruhan Allah dan menjauhi segala laranganNya. Beriman dengan keEsaan Allah merupakan landasan pengabdian seseorang Islam terhadap Tuhannya.(Ahmad Ibrahim:1991)

“Janganlah kamu sembah dua tuhan. Hanya Dia Tuhan yang Esa, sebab itu takutlah kamu kepada Aku. Allah memiliki apa yang berada di langit dan di bumi dan kepada Nya hendaklah kamu patuh selama-lamanya. Adakah kamu takut kepada yang lain daripada Allah SWT”

     Setiap manusia merupakan khalifah yang dilantik oleh Allah untuk memakmurkan muka bumi. Islam telah meletakkan garis panduan tertntu bagi seorang pemimpin,pengurus,pentaddbir yang diamanahkan oleh Allah perlu memahami konsep ubudiyyah.

                 i.Allah tidak meredhai hambaNya yang bersikap menjauhi kemewahan dunia dengan mengurung diri di dalam rumah-rumah ibadat dan masjid semata-mata untuk tujuan beribadat ,sedangkan manusia boleh beribadat  di mana sahaja kerana perlakuan ibadat dapat didengar oleh Allah SWT dan semua perlakuan serta pekerjaan yang dilakukan oleh manusia dengan ikhlas dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT.
                 ii.Hubungan manusia dengan Allah adalah berasaskan satu perjanjian atau kesanggupan yang azali. Manusia telah mengakui ketuhanan (ubudiyyah) Allah swt serta menyatakan kesanggupan untuk mengabdikan diri semata-mata kepadaNya. Perjanjian ini dibuat ketika manusia berada di dalam roh lagi.

Cara Khulafa’ Ar Rasyidin menggunakan prinsip al-Ubudiyyah dalam pemerintahan dan pentadbiran ialah:

-Khalifah merupakan individu yang paling berkuasa. Walau bagaimanapun kekuasaanya tidak bersifat mutlak.

-Hal ini terjadi kerana mereka menggunakan prinisp al-Ubudiyyah sepertimana yang kita tahu manusia tidak mempunyai kuasa yang mutlak hanya Allah SWT sahaja yang mempunyai kekuasaan tersebut.


KESIMPULAN

Khulafah’ Ar-rasyidin merupkan contoh kepimpinan yang meneruskan pemerintahan dalam pentadbiran islam setelah kewafataan Rasululla S.A.W.Walaupun
banyak permasalahan yang berlaku dalam pemerintahan keempat-empat khalifah akibat sikap perebutan kuasa dikalangan masyarakat.
Pemerintahan khulafa tersebut telah banyak memberi sumbangan kepada tamadun islam serta meluaskan wilayah islam.

Selepas pemerintahan khulafa' al-rasyidin, sistem pemerintahan islam telah bertukar daripada sistem syura kepada sistem warisan, namun begitu,sistem berkhalifah masih kekal hingga ke zaman Turki Uthmaniyyah. Antara kerajaan yang memerintah zaman itu ialah kerajaan Bani Umaiyah,kerajaan Abbasiyah,kerajaan Turki uthmaniyah dan diikuti oleh kerajaan islam di India, China dan Nusantara.


RUJUKAN 

9.http://tigagadisbicara.blogspot.com/2016/07/al-ubudiyyah.html

LAMPIRAN







 Ini adalah gambaran zaman khulafah' Ar-Rasyidin dan peta wilayah jajahan kerajaan Ar-Rasidin pada ketika itu.


1 ulasan:

  1. Tiang Kai-Chin Huyun - raft titanium
    2020. can titanium rings be resized The Tiang Kai-Chin Huyun is the babyliss pro nano titanium straightener first to develop a mobile-based VR platform. titanium pan In 2020, it titanium astroneer came to the attention 2019 ford edge titanium for sale of

    BalasPadam